728x90 AdSpace

  • Latest News

    Wednesday, November 16, 2005

    Perutusan AidilFitri 1426H -YDP PERKEPIS

    Assalamua'laikum Warahmatullahi Wabarakatuh

    Mewakili barisan kepimpinan Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak sesi 2005/06, saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1426H. Di kesempatan ini juga, kami ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua penggerak PERKEPIS semenjak awal penubuhannya sehingga sekarang.

    Bersempena kedatangan Syawal yang mulia ini, kami di pusat menghulurkan salam kemaafan kepada sesiapa sahaja yang pernah terlibat baik secara langsung atau tidak langsung dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh PERKEPIS.

    Insya-Allah, setelah sebulan melalui ibadah puasa dan akan meraikan kehadiran Syawal, gerak kerja PERKEPIS akan diteruskan seperti biasa. Sahabat-sahabat semua amat-amat dialukan untuk menyuarakan pandangan anda kepada kami di peringkat pimpinan tentang apa jua perkara.

    Semoga kita semua akan dipanjangkan usia untuk sekali lagi bersua dengan Ramadhan Al-Mubarak 1427H dan terus istiqamah dalam melalui jalan da'wah ini.

    "Perjuangan Untuk Islam Sama Sekali Tidak akan Terhenti Selagi Darah Terus Mengalir di Dalam Badan" - Pemikir & pejuang Islam -

    Salam Kasih-Sayang,


    Wan Azizan Al-Qadri
    Yang Di-Pertua
    Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak
    Sesi 2005/06
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Item Reviewed: Perutusan AidilFitri 1426H -YDP PERKEPIS Rating: 5 Reviewed By: PERKEPIS
    Scroll to Top