728x90 AdSpace

  • Latest News

    Monday, July 19, 2010

    Kursus Kepimpinan Jabatan Perdagangan Politeknik 2010

    Segala puji bagi Allah, program Kursus Kepimpinan Pelajar Jabatan Perdagangan Politeknik Kuching 2010 telah diadakan dengan jayanya pada 16 sehingga 18 Julai 2010 yang lepas. Program merupakan anjuran kerjasama antara bahagian Hal Ehwal Pelajar, Jabatan Perdagangan Politeknik Kuching dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Zon Sarawak. Manakala fasilitator merupakan jemputan daripada Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS).

     Peserta program seramai 20 orang merangkumi pelajar Politeknik Kuching daripada jabatan tersebut di kalangan pimpinan (senior) dan pelajar tahun satu dan dua.

    Para peserta telah dibawa bersama untuk menghayati prinsip-prinsip asas dalam kepimpinan. Pada permulaan program yang merupakan titik penting dalam perjalanan sesuatu kem adalah perkenalan lebih rapat sesama peserta.
    Melalui program ini juga, para peserta telah berpeluang untuk menimba ilmu dan pengalaman bersama En. Khairul Anwar Shazali, Penolong Pengarah Bahagian Operasi YADIM Zon Sarawak. Beliau telah berkongsi mengenai asas-asas kepimpinan iaitu pemimpin, kepengikutan dan perencanaan. Peserta juga didedahkan dengan asas-asas dalam perancangan program melalui kertas kerja secara terperinci.
    Selain menerima kursus secara teori, para peserta juga telah turut serta dalam aktiviti-aktiviti luar yang lasak dan mencabar, yang menduga jasmani, rohani dan mental. Di sinilah ilmu kursus teruji dan diaplikasikan dalam aktiviti-aktiviti tersebut.
    Tahiah buat para peserta yang sentiasa bersemangat sepanjang program. Masing-masing telah mempamerkan bakat tersendiri yang harus diteroka dan diperbaiki dari semasa ke semasa. Terima kasih sekalung budi buat Pegawai Hal Ehwal Pelajar, En. Nazri atas kesudian melapangkan masa dalam program. Tidak lupa juga kepada pensyarah pengiring, Cik Siti Zaleha dan Cik Nurul Huda, yang telah banyak membantu.

    Semoga segala ilmu, pengalaman dan kemahiran serta kebersamaan dalam program ini dapat dikenang, disimpan dan paling penting adalah diamalkan dengan sepenuh manfaat. Ilmu tidak diamalkan adalah ibarat pohon yang tidak berbuah, yang bermanfaat kepada sekelilingnya. Para pimpinan pelajar khususnya amat diperlukan untuk mengisi dan membina diri dengan ilmu dan kemahiran-kemahiran tambahan, agar apabila diberikan kepercayaan dan amanah oleh masyarakat, mampu mempimpin dengan baik. Ini kerana, masyarakat menanti-nanti para cerdik pandai ini untuk mempimpin, mempertahankan dan berbakti kepada mereka.

    En. Khairul Anwa Shazali sedang menyampaikan pengisian beliau dalam sesi Pecah Ais.

    Sdr. P-jan dan sdr. Afiq daripada kumpulan Ijo membentangkan perlambangan kumpulan mereka

    Akhir kata, pihak PERKEPIS ingin memohon maaf atas segala khilaf kesalahan sepanjang program dalam keadaan yang tidak disengajakan. Sekali lagi, hanya ucapan terima kasih yang mampu diucapkan.



    Berjasa Kepada Masyarakat
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    1 comments:

    Niesa said... 1:36 PM, August 07, 2012

    xsangka ada entry pasal kem kepimpinan tok..hahaha..kem yg paling best!!

    Item Reviewed: Kursus Kepimpinan Jabatan Perdagangan Politeknik 2010 Rating: 5 Reviewed By: Azrul bin Jaini
    Scroll to Top