728x90 AdSpace

  • Latest News

    Monday, August 30, 2010

    Perkampungan Generasi Khalifah 2010 (PGK ‘10)


    Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS) telah menganjurkan Perkampungan Generasi Khalifah (PGK) pada 20 hingga 22 Ogos yang lepas bertempat di Sekolah Agama Rakyat Madrasah al-Falah al-Islamiyyah, Kampung Pulo Hulu, Petra Jaya. Seramai lebih kurang 40 orang peserta daripada pelbagai IPTA/S di sekitar Kuching telah hadir.

    Antara objektif PGK adalah untuk menyampaikan kesedaran tentang kewujudan diri sebagai hamba Allah s.w.t. yang memikul tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi ini. Selain itu para peserta turut dibimbing untuk menyediakan diri untuk punya keluasan ilmu, kesucian rohani, ketinggian cita-cita dan kesungguhan usaha. Pola pemikiran para peserta dibimbing  dengan pandangan hidup Islami untuk berupaya melahirkan kesamaan rasa dan kejituan tindakan dialam mendepani kehidupan.

    Para peserta telah melalui latihan melalui bengkel, LDK dan "Sharing Moment" selama 3 hari dua malam. Dengan tema "Kami Khalifah Muda!", para peserta telah menghasilkan pelan tindakan yang proaktif untuk membangun diri dan sekitaran menjadi golongan terpilih dan terbaik untuk manfaat Islam dan umat seluruhnya. Semoga Allah perkukuhkan ukhuwwah yang dibina untuk menjana kekuatan umat membangun kecemerlangan di dunia dan akhirat.



     Tazkirah Subuh 
    oleh En. Wan Azizan Wan Zainal Abidin, TYDP ABIM Negeri Sarawak



     Ceramah "Keutamaan Hidup Berjemaah" 
    oleh Ust. Hasfa Bakhry Hassan, Pegawai JAKIM Sarawak merangkap YDP ABIM Sarawak



     Ceramah "Pemaknaan Hamba & Khalifah" 
    oleh Ust. Zamri Mohamad, mantan Pengarah YADIM Zon Sarawak


    "Sharing Moment" bersama Sdr. Khairul Anwar Shazali, YDP PERKEPIS




    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Item Reviewed: Perkampungan Generasi Khalifah 2010 (PGK ‘10) Rating: 5 Reviewed By: Azrul bin Jaini
    Scroll to Top