Alhamdulillah.
Setinggi2 rasa syukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana telah memilih kita untuk menjadi umat Nabi Muhammad s.a.w. Tanggal 23 Mac 2012 (Juma'at) bertempat di Kuching Waterfront Amphitheatre telah berlangsunglah "Malam Penghargaan Rasulullah s.a.w 1433H/2012M" (MPR).
Penganjuran tahun ketiga MPR 1433H/2012M oleh Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS) ini adalah sebagai usaha menambah kecintaan masyarakat terutamanya di Kuching kepada Rasulullah s.a.w. yang mana rasa cinta itu bukanlah sekadar dizahirkan ketika sambutan Maulid ar Rasul sahaja, tetapi sebaliknya kerinduan dan kecintaan kita kepada Baginda s.a.w. haruslah mekar setiap saat dalam hayat kita.
-Persembahan Kumpulan Nasyid Taski Abim-
-Persembahan Kumpulan Maulid Madrasah al-Khairat-
-Persembahan Kumpulan Maulid Salica-
-Persembahan Kumpulan Nasyid Hawary-
-Persembahan Kumpulan Nasyid SMK (A) TUNAZ-
-Persembahan Puisi-
-Gelagat Penonton-
Kami dari PERKEPIS ingin merakamkan jutaan ucapan terima kasih terutamanya kepada rakan-rakan kerjasama dari Yadim Zon
Sarawak, Madrasah Al-Khairat Kuching Sarawak,
Hawary Artalent, Taski ABIM, Sri Wangi, SMK (A) TUNAZ, dan Kumpulan
Maulid SALICA. Ucapan terima kasih yang
tidak terhingga kepada seluruh penggerak Malam Penghargaan Rasulullah s.a.w. 1433H/2012M ( Semua Urusetia, MinFiy Audio Event,
Natural Image Studio, sahabat-sahabat PERKEPIS, sahabat-sahabat SISMA, sahabat-sahabat ABIM, dan pihak-pihak yang sudi menaja MPR 1433H/2012M). Juga kepada sahabat-sahabat dan keluarga besar PERKEPIS yang jauh dan dekat yang mendoakan
kami.
Kami memohon maaf atas segala kekurangan dan kelemahan sepanjang
berlangsungnya MPR 1433H/2012M. Semoga usaha mengajak masyarakat
mengenal dan mencintai Rasulullah s.a.w. tidak terhenti setakat ini.
Syukran 'azim! Allahumma Sholli 'Ala Sayyidina Muhammad. :D
0 comments:
Post a Comment