728x90 AdSpace

  • Latest News

    Tuesday, April 24, 2012

    USRAH IFTITAH SESI 2012/2013: UKHWAH FILLAH

    Alhamdulillah, tanggal 20 April 2012 yang lepas terbuka akhirnya tirai Usrah PERKEPIS sesi 2012/2013. Sejak dahulu, kini dan selamanya, usrah merupakan JIWA kepada sesebuah gerakan dan semoga dengan langkah mula ini akan istiqomah dengan baiknya.

    Bertemakan UKHWAH FILLAH: Berukhwah kerana Allah (: Ia sesuatu yang tidak dapat disusun dengan kata-kata, namun memikirkannya seolah-olah satu perasaan yang amat mencengkam yang membuat seseorang itu tersenyum-senyum seorang diri. Perjalanannya yang pahit dan manis sudah digaul sebati. Ukhwahfillah adalah hubungan tanpa syarat dan peraturan apapun! Dirasai dan diterima dari lubuk hati yang paling dalam. Semua kerana Allah. Sahabat yang dekat itu ukhwahnya diraikan. Ketika berjauhan pula ia menguatkan (: Oh, indahnya~~~~ <3

    Ukhwahfillah itu bertapak di hati. Orang-orang yang mencari jalan dekat kepada Ilahi, bertemu dan berkumpul jualah mereka kerana Ilahi, satu masa ditaqdirkan perpisahan itu ke atas mereka diterima juga kerana Ilahi. Lalu kerja-kerja menyatukan hati manusia di muka bumi ini bukan kerja manusia. Terlalu ramai yang lupa! Akibatnya kecewa dan punah hatinya. Sahabat yang dikasihi, manusia kerjanya ialah berkerja kerana Allah. Lalu hanya pada Allah disandarkan kekuatan agar dipertemukan teman seperjuangan dunia dan akhirat. Hamba seperti kita ini layaknya untuk berdoa :)


    Doa Rabitah


    7 CARA BERSAHABAT KERANA ALLAH :

    1.Memberitahu temannya bahawa dia kasih dan suka kepadanya
    Nabi Muhammad S.A.W bersabda : 'Jika seseorang kasih kepada seseorang makan hendaklah dia memberitahu temannya' (HR Abu Daud)

    2.Apabila berpisah dengan seseorang maka hendaklah dia mendoakan sahabatnya tanpa pengetahuannya
    Nabi Muhammad S.A.W bersabda : 'Setiap hamba muslim yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuannya pasti akan didoakan malaikat dengan berkata engkau juga akan mendapat seumpamanya'
    (HR Muslim)


    3.Sentiasa bermanis muka ketika berjumpa sahabatnya

    Nabi Muhammad S.A.W bersabda : 'Janganlah kamu meremehkan kebajikan sedikit pun , sekalipun   dengan berjumpa temanmu dalam keadaan wajah yang ceria' (HR Muslim)

    4.Segera bersalaman ketika bertemu dengan temannya
    Nabi Muhammad S.A.W bersabda : 'Setiap dua orang Islam yang berjumpa dan bersalaman pasti akan diampunkan dosa keduanya sebelum mereka berpisah' (HR Abu Daud)

    5.Amalan ziarah-menziarahi
    Nabi Muhammad S.A.W bersabda : 'Hendaklah kamu menziarahi sesekali nescaya akan menambah kasih sayang antara kamu'.

    6.Memberi Hadiah
    Nabi Muhammad S.A.W bersabda : 'Hendaklah kamu saling memberi hadiah nescaya kamu akan berkasih sayang' (HR Thabrani)

    7.Membantu sahabat-sahabatnya dalam kesusahan
    Nabi Muhammad S.A.W bersabda : 'Orang yang berjalan untuk menunaikan hajat sahabatnya lebih baik daripada orang yang beriktikaf selama 2 bulan' (HR Hakim)



    Sesungguhnya di antara manusia yang kasih-mengasihi itu ada kasih sayang Allah di antaranya. Namun kata orang tua-tua, sedangkan lidah lagi tergigit. Ukhwahfillah juga tidak lari dari dilanda ujian. Ujian itu tarbiyyah yang didatangkan dari Allah. Apapun ujian-ujian yang melanda, JANGAN DIJUAL UKHWAHFILLAH di jalan-jalan mana sekalipun. Letakkanlah Allah di hadapan dan ayuhlah kita mendahulukan kata maaf dan lapang dada. Maafkanlah ketika kamu mampu membalasnya...molek sokmo! ^_^ Susah? Ya amat susah, namun manisnya kelak akan dirasa dari arah yang tidak disangka-sangka.

    Jangan lupa usrah seterusnya pada 27 April 2012 di Taman Sri Wangi, Kuching. ^_^ Sebarang perubahan akan diberitahu. Wallahu'alam.

     ~ BERJASA KEPADA MASYARAKAT~
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Item Reviewed: USRAH IFTITAH SESI 2012/2013: UKHWAH FILLAH Rating: 5 Reviewed By: Ummu Fateh
    Scroll to Top