728x90 AdSpace

  • Latest News

    Wednesday, April 23, 2014

    Janataqwa siri 4: Muslimah and Beauty




    Hal Ehwal Siswi (HEWI) Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS) telah menganjurkan Janataqwa bertemakan Muslimah and beauty pada 18-19 April 2014 di Sekretariat ABIM Sarawak. Seramai 8 muslimah menyertai program ini. Pelbagai topik diketengahkan. Antaranya adalah seperti perhiasan sunah, mengekalkan kecantikan fizikal dan rohani. Antaranya perhiasan sunah adalah seperti  inai, cincin, bedak , gelang dan alat solek yang tertua adalah celak.

    Hukum berhias yang telah di nyatakan oleh Saudari Azila adalah wajib di depan suami, harus di depan mahram dan harus/haram di depan ajnabi.

    Pada sebelah malamnya pula, facial pula dijalankan oleh Saudari Atirah, dengan menggunakan peralatan yang terdapat di rumah seperti buah-buahan, garam, rempah.

    Pada mulanya, mengenali jenis kulit. Terdapat 4 jenis kulit, kulit berminyak, kulit kering, kulit kombinasi dan normal. Facial dimulakan dengan scrubbing, menggunakan buah oren atau tomato bersertakan garam, tetapi kepada kulit sensitif tidak digalakkan. Selepas itu, kayu manis yang dikisar, bercampur dengan teh, dan diletakan ke muka yang berparut untuk menghilangkan parut. Selepas itu sesi mengewapkan muka. Garam berserta air panas disediakan dah diwapkan ke muka selama 5-10 minit. Diakhiri dengan toner menggunakan black tea atau air beras. Di akhiri dengan menonton cerita Korea, Miracle in Cell number 7.

    Pada keesokan harinya, sarapan dengan nasi goreng sardin dan semuanya pulang meneruskan hari-hari mereka.

    Menariknya pada setiap solat, muslimah telah ditugaskan untuk mengimam, iqamat dan membaca doa selepas solat. Sambil mengimamkan, kita juga boleh belajar.

    Seronoknya ukhuwah kerana Allah.


    Janataqwa seterusnya, bulan Mei, berkayak!

    p/s: semua gambar ber-rated-kan muslimah, makanya, tiada gambar.

    Good day!
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Item Reviewed: Janataqwa siri 4: Muslimah and Beauty Rating: 5 Reviewed By: Tyah
    Scroll to Top