Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS) mengecam
sekeras-kerasnya pembantaian kejam Zionis Israel ke atas bumi Gaza.
Tindakan mereka tidak berhati perut serta tidak menghormati bulan mulia
umat Islam. Di atas semangat kemanusiaan bulan Ramadhan ini, marilah kita bersama-sama bersolidariti menyokong saudara kita di Gaza.
PERKEPIS menganggap pembantaian ini sebagai satu agenda penerusan Zionis melaksanakan pembersihan etnik secara besar-besaran terhadap penduduk Palestin. Serangan yang melibatkan penduduk yang tidak berdosa termasuk wanita dan kanak-kanak mengukuhkan lagi bahawa rejim Zionis adalah rejim yang paling kejam di dunia. Semoga saudara kita di Gaza diberikan kekuatan untuk berhadapan dengan dugaan berat ini.
Dalam pada itu, PERKEPIS mengutuk alasan rejim Zionis untuk menghapuskan pejuang HAMAS dalam menghalalkan tindakan mereka sebagai tidak masuk akal. Serangan tersebut dilakukan secara membuta tuli yang mensasarkan penduduk awam. Tindakan zalim ini telah berkali-kali dilakukan rejim Zionis walaupun telah menandatangani pelan damai membuktikan bahawa rejim ini tidak diboleh dipercayai.
PERKEPIS juga menggesa seluruh umat Islam bersatu atas dasar ukhuwwah Islamiyyah dalam mendokong perjuangan rakyat Palestin khususnya di Gaza. Sudah tiba masanya negara-negara anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) bertindak tegas dan lantang memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel khususnya dalam bidang ekonomi kerana sudah jelas kenyataan-kenyataan pemimpin Zionis yang melahirkan kebimbangan jika tindakan itu diambil.
PERKEPIS juga menggesa masyarakat khususnya mahasiswa menyuarakan bantahan terhadap tindakan Zionis ini dalam apa cara sekalipun sebagai suatu bentuk tekanan ke atas Israel. Disamping itu mahasiswa juga harus cakna tentang isu-isu palestin dan menjadi juru bicara ummah dalam menyampaikan mesej keamanan. Di bulan yang mulia ini, janganlah kita lupa untuk berdoa kepada saudara kita di Gaza, membaca Qunut Nazilah pada malam-malam terawih.
PERKEPIS juga mengucapkan tahniah kepada seluruh masyarakat daripada pelbagai agama dan bangsa yang berduyun-duyun menghulurkan sumbangan kepada penduduk Gaza yang dianjurkan oleh pelbagai pihak tanda solidariti dan sokongan buat rakyat Gaza. Semoga Allah SWT menganugerahkan kekuatan dan kesabaran kepada mereka yang memperjuangkan kebenaran dan keadilan demi memartabatkan kebebasan dan karamah insaniyah penduduk Gaza dan umat secara keseluruhannya.
“BERJASA KEPADA MASYARAKAT”
MUHAMMAD AFIQ ASYRAF BIN SOEPIRMAN
Yang Di-Pertua,
Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS)

0 comments:
Post a Comment