PERKEPIS
MENGECAM SEKERAS-KERASNYA PENANGKAPAN DR SYEIKH YUSUF Al-QARDHAWI OLEH POLIS
ANTARABANGSA (INTERPOL)
Persatuan
Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS) berdukacita di atas penangkapan
ulama tersohor dunia, Dr Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi. Berita penangkapan ini
adalah susulan dari desakan kerajaan Mesir di bawah pemerintahan diktator baru,
jeneral Abdel Fattah Al-sisi. Alasan penangkapan presiden kesatuan ulama
sedunia ini adalah kerana beliau disabit dituduh terlibat dalam merencana
revolusi mesir pada 2011.
Selain itu,
isu penangkapan ulama tersohor ini berkait rapat dengan cubaan musuh-musuh
islam untuk melemahkan umat islam di dunia ini. Tetapi hal sebaliknya berlaku,
bahwa penangkapan ini akan mengakibatkan umat islam di seluruh dunia bersatu untuk
menegakkan kembali syiar Islam. Sesungguhnya musuh-musuh Allah ini telah lama
merancang agenda untuk melemahkan umat islam. Dan kemuncaknya adalah
penangkapan ulama besar ini. PERKEPIS menggesa kerajaan Malaysia untuk
mengeluarkan kenyataan tentang isu penangkapan ini kerana Dr Syeikh Yusuf
Al-Qardhawi juga merupakan tokoh Maal hijrah bagi peringkat antarabangsa.
Justeru itu,
PERKEPIS mewakili semua pelajar Islam di Sarawak ini bersolidariti untuk ulama
yang disanjung, Dr Syeikh Yusuf Al-Qardhawi. Kami berharap agar umat Islam
khususnya di Sarawak ini dapat membuka mata seluas-luasnya berkenaan isu
penangkapan ini. Ingatlah bahawa ummat Islam semakin diancam. Dan kita harus
bersatu demi Islam yang tercinta ini. Demi Allah SWT, umat Islam harus lebih cemerlang
dan menuju kejayaan. “ALLAHU GHAYATUNA”. Allah adalah tujuan kami. Sekian,
Walahualam.
“BERJASA KEPADA MASYARAKAT”
MUHD RAUFA AZLAN BIN ABDUL RAUB
SETIAUSAHA AGUNG PERKEPIS
23 DISEMBER 2014
0 comments:
Post a Comment