728x90 AdSpace

  • Latest News

    Thursday, January 01, 2015

    PERUTUSAN UCAPAN TAHUN BARU YANG DI PERTUA PERSATUAN KEBAJIKAN PELAJAR ISLAM SARAWAK

    UCAPAN TAHUN BARU 2015
    PERKEPIS
     
    Syukur kepada Allah SWT atas kurnia dan rahmat yang diberikan lantas kita dapat terus bersama-sama berperanan sebagai penggalas gerakan dakwah PERKEPIS yang Insya Allah akan dijanjikan Halawah atau kemanisan sekiranya keikhlasan mengiringi titi perjuangan mulia ini.  Marilah sama-sama kita rafakkan kesyukuran kepada Allah SWT Rabbul Jalil yang memberi keizinannya kepada kita menyambung hayat hingga ke tahun baru 2015 Masihi yang sama-sama kita sambut dengan penuh kerendahan hati.
     
    Salam kami penuh ukhuwwah
    PERKEPIS mara bersama ummah
    Berjasa dan terus istiqamah
    Buat Sarawak negeri rahmah
     
    Di tahun baru 2015 ini, kita harus merenung sejenak 2014 yang pastinya dilalui dengan kenangan manis dan pahit. Pelbagai peristiwa yang berlaku pasti akan menjadi penanda aras untuk berusaha melakukan yang lebih baik khususnya dalam kehidupan seharian. Bahawa 2014, tahun yang sangat menguji kita, apabila dikejutkan dengan tragedi tidak terduga, misteri kehilangan pesawat MH370 dan peristiwa tragik pesawat MH17 yang terhempas di kawasan Timur Ukraine. Kedua-dua pesawat itu, milik syarikat penerbangan negara MAS dan terbaru musibah banjir yang melanda beberapa buah negeri di Pantai Timur terburuk pernah berlaku dalam temph 30 tahun yang telah menyebabkan kehilangan nyawa, kerosakan harta benda, dan hilangnya mata pencarian. Peristiwa-peristiwa tersebut sudah cukup menimbulkan keinsafan buat diri kita.
     
    Maka, PERKEPIS menyeru generasi muda di Sarawak ini mengambil kesempatan tahun baru ini dijadikan sebagai satu titik mula untuk sesuatu yang baru dan lebih baik disamping menjadikan peristiwa pahit yang telah berlalu sebagai iktibar untuk menempuh tahun baru yang lebih mencabar. Tambahan lagi dengan ruang yang terbuka buat generasi muda untuk menanam azam tekad untuk tahun baru ini. Generasi muda perlu memanfatkan ruang yang ada untuk menjadikan azam tekad untuk tahun baru ini sebagai satu matlamat yang harus dicapai. Dengan ini sama-samalah kita merenung sejenak kata-kata Saidina Ali karamallahu wajhah juga harus dijadikan sebagai satu pedoman di dalam kehidupan.
     
    “Rugilah orang yang hari ini sama sahaja dengan hari semalam. Celakalah orang yang hari ini lebih teruk daripada semalam. Beruntunglah orang yang hari ini lebih baik daripada semalam.”
     
    Semoga segala impian dan cita – cita ini terlaksana dengan damai dan sentosa. Selamat tahun baru 2015 buat seluruh rakyat.
     
     
    MUHAMMAD AFIQ ASYRAF BIN SOEPIRMAN
    YANG DI-PERTUA PERKEPIS

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Item Reviewed: PERUTUSAN UCAPAN TAHUN BARU YANG DI PERTUA PERSATUAN KEBAJIKAN PELAJAR ISLAM SARAWAK Rating: 5 Reviewed By: Unknown
    Scroll to Top