728x90 AdSpace

  • Latest News

    Friday, July 04, 2008

    BANGKIT PEMUDA di SARAWAK!!! PERJUANGAN KITA MASIH BELUM SELESAI

    saya telah melayari laman Harakahdaily.net. Saya tertarik dengan kenyataan GAMIS (Gabungan Mahasiswa Islam Se-Islam Malaysia) mengenai Borneo. Tentunya Sabah dan Sarawak. Saya paparkan di blog ini, supaya kita boleh baca dan fikirkan. Bacalah dengan saksama.


    Sabah dan Sarawak perlu perhatian serius Kerajaan Pusat - Gamis
    Nuha Rahim


    KOTA KINABALU, 16 Jun (Hrkh) - Kehadiran delegasi Majlis Tertinggi Gamis di Borneo mampu memberi gambaran sebenar perjuangan mahasiswa di Semenanjung kepada mahasiswa Borneo walaupun Akta Universiti dan Kolej Universiti 1978 (Auku) membelenggu gerak langkah golongan mahasiswa.
    "Mahasiswa di sini memiliki semangat juang yang tinggi dan kesatuan yang utuh dalam merealisasikan agenda mahasiswa dan dakwah kepada masyarakat Borneo," tegas Timbalan Pengerusi Helwani Gamis, Masyitah Ulul Azmin. Sabah yang merupakan negeri kedua termiskin di Malaysia sebenarnya memerlukan perhatian serius Kerajaan Pusat, tambah beliau.

    Ketidakupayaan Sarawak pula meletakkan dirinya sebagai negeri termaju walaupun memiliki hasil mahsyul yang bertimbun-timbun menggambarkan rakyatnya masih jauh ke belakang dalam menikmati hak untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan penduduk Semenanjung, tegasnya.

    "Masyarakat marhain Borneo yang masih berada dalam kekurangan pendedahan terhadap dunia luar yang ketara akibat kemiskinan ternyata merencatkan Borneo bergerak seirama dengan komuniti Semenanjung," katanya lagi. Namun, Masyitah yakin bahawa kekurangan di Borneo bukan alasan kukuh bagi mendiskriminasikan perjuangan mahasiswa di sana sebaliknya Gamis yakin ia mampu menjadi pemangkin kebangkitan mahasiswa di Borneo seterusnya menjadi wasilah terpenting dalam usaha memantau dan membantu gerakan mahasiswa seluruh Malaysia.

    "Anak watan Islam Sabah seharusnya membuang jauh pemikiran kelas ketiga sebaliknya berjiwa kental menghadapi kekangan pelbagai sudut dalam mencapai maksud perjuangan menegakkan Islam sebagai satu cara hidup," jelas Masyitah ketika sesi temu bual dengan Harakahdaily. Kemahiran dan keilmuan yang padu tegasnya lagi, mampu menjadi senjata paling ampuh mahasiswa Borneo dalam berhadapan dengan segala cabaran. Katanya lagi, Semangat juang yang mampan di samping kesatuan hati yang jitu pula disifatkan menjadi perisai sulit mahasiswa penggerak di Borneo.

    - mns_ Sekadar ingin melontar persoalan, adakah kenyataan Timbalan Pengerusi Helwani Gamis, Masyitah Ulul Azmin ini berpijak pada realiti? Apakah dasar kenyataannya berkata demikian? Adakah kenyataan ini berasaskan rasa keperihatinan umat ataupun ada agenda tersirat? Apa rasa kitak? Apakah pandangan anda? Lihatlah kebenaran dengan mata hatimu...

    "Berjasa Kepada Masyarakat
    "Wassalam
    Sumber Dari Azrul Jaini (Blog Beliau)
    Naib Yang Dipertua 2
    Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak
    PERKEPIS
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    1 comments:

    Anonymous said... 11:16 AM, August 10, 2009

    assalamualaikum..
    Islam di sarawak memerlukan kita semua dlm memperjuangkan agama Allah di sana..
    Kekuatan pemuda2 perlu dipertingkatkan lagi..
    Pentarbiyahan diri memantapkan lagi kekuatan diri..
    Ingatlah wahai syabab,
    SLOGAN ISLAM BUKAN MAINAN,
    SLOGAN ITU MESTILAH DIREALISASIKAN,
    MARILAH KITA BERSATU,
    UNTUK MANGGAPAI REDHO ALLAH,
    MARA BERSAMA KE MEDAN JIHAD,
    SEMOGA HUKUM2 ALLAH DPT DIREALISASIKAN DI BUMI SARAWAK,BUMI KENYALANG...
    MAJU TERUS MAJU SARAWAK..
    KEBENARAN SEMEMANGNYA PAHIT UNTUK DIUCAPKAN,TETAPI DIA LAH PENYELAMAT KITA DI AKHIRAT KELAK...

    TAKBIR...
    MAJU PERKEPIS,MAJU MAHASISWA SARAWAK....
    SALAM..

    Item Reviewed: BANGKIT PEMUDA di SARAWAK!!! PERJUANGAN KITA MASIH BELUM SELESAI Rating: 5 Reviewed By: HEWI PERKEPIS
    Scroll to Top