728x90 AdSpace

  • Latest News

    Friday, July 04, 2008

    SELAMAT DILEPASKAN KEMBALI KE KAMPUS

    Assalamua'laikum w.b.t Selamat kembali ke kampus. Sudah tibanya masa untuk menelaah buku di samping menegakkan perjuangan di kampus. Teruskan usaha kalian. Biar menuntut ilmu kerana Allah.. Siapa yang belajar kerana empat perkara, akan masuk neraka
    1) Untuk menyaingi para ulama'
    2) Berdebat dengan orang yang bodoh
    3) Mencari muka (nama) pada orang-orang
    4) Mencari wang dari pemerintah atau kehormatan dan kedudukan
    Hadith


    Untuk menyaingi para ulama'
    Belajarlah, tetapi bukan untuk menyaingi ulama. Dewasa ini kita sering berhadapan dengan golongan-golongan yang bermaklumat (inteligencia) bukan golongan berilmu (inteligence). Golongan ini menambah maklumat dan fakta pengetahuannya bukan untuk diamalkan tetapi, untuk dibahaskan kepada golongan yang bijak pandai agar dikenali siapa yang lebih banyak pengetahuannya.


    Berdebat dengan orang yang bodoh
    Ada juga segelintir golongan yang belajar untuk berdebat dengan orang yang bodoh. (perlu penjelasan lanjut daripada pakar Hadith)


    Mencari muka (nama) pada orang-orang
    Mungkin juga kita pernah terniat, belajar untuk mendapat perhatian orang lain. Ilmu yang dituntut adalah semata-mata untuk mendapatkan perhatian orang ramai. Contohnya, ingin dapat phD agar lebih didengari atau lebih dikenali dan diiktiraf. Mengkaji itu dan ini untuk mendapatkan novelty, ingin dikenali kerana menemui penemuan-penemuan baru.


    Mencari wang dari pemerintah atau kehormatan dan kedudukan
    Hendak menjadi itu dan ini kerana populariti dan ingin dihormati masyarakat. Belajar tingggi kerana mengejar pangkat. Dari ijazah di upgrade ke master semata-mata mengisi kelayakan untuk kenaikan pangkat. Ingin menjadi doktor kerna gaji doktor boleh mencecah sebanyak RM 5000. Ingin jadi profesor kerana gaji prof boleh mencecah sehingga RM 12 000.


    Naudzubillah, biarlah belajar kerana hendak mendukung amanah Allah dalam bidang tersebut. Contoh, nak jadi doktor sebab kurangnya doktor wanita yang menguruskan wanita, jadi jurutera kerana untuk mendirikan bangunan yang bebas riba' ataupun mendirikan masjid atas dasar taqwa, jadi saintis kerana ingin memerangi kesalahan-kesalahan etika pengklonan yang dilakukan pihak mungkar, menjadi peniaga (businesswoman) kerana untuk mengukuhkan ekonomi Islam.


    Bila diteliti, semuanya datang iniat. Niat yang membezakan antara ibadah dan ritual/ tuntutan/ kehendak.

    ... Maka barang siapa mengharapkan pertemuan dengan Tuhannya maka hendaklah dia
    mengerjakan kebajikan dan janganlah dia mempersukutukan dengan sesuatu pun dalam
    ibadah kepada Tuhannya... Al Kahf:110


    wallahua'lam
    editor Sotun Nisa'
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Item Reviewed: SELAMAT DILEPASKAN KEMBALI KE KAMPUS Rating: 5 Reviewed By: HEWI PERKEPIS
    Scroll to Top