728x90 AdSpace

  • Latest News

    Friday, May 15, 2009

    Program Pengajian Intensif Kitab Akidah



    Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia, PKPIM akan mengadakan Majlis Pengajian Intensif Kitab Turath I'tiqad ASWJ, Siri 2 pada 23 – 24 Mei 2009 / 24-25 Jamadilawwal 1430H ini. Program ini bertempat di Kolej Darul Hikmah, Kajang. Antara objektif program ini adalah:

    1.Menimbulkan kesedaran terhadap kepentingan aqidah dan iman di kalangan belia.
    2.Mendedahkan umat Islam mengenai kewajiban beramal dengan ilmu daripada ahli agama Islam yang faqih.
    3.Menghidupkan budaya bertalaqqi secara berkitab.
    4.Memberi kefahaman tentang konsep dan perlaksanaan nilai-nilai Islam.

    Tenaga pengajar:

    Al-Fadhil Ustaz Hj. Zamihan Mat Zin Al-Ghari

    Al-Fadhil Ustaz Ahmad Faidzurrahim

    Al-Fadhil Ustaz Mohd Rasyiq Alwi


    Maklumat lanjut boleh didapati di blog sdr. Ikhram Husin di pautan ini. Beliau merupakan mantan Amir PERKEPIS UNIMAS dan sekarang berkhidmat sebagai kaunselor di Malaysia Multimedia University (MMU), Melaka.

    Menghidupkan Ruhaniah Berlandaskan Pemantapan Akidah

    Berjasa Kepada Masyarakat



    NOTA: Perjumpaan Mahasiswa Islam Sarawak #3 anjuran PERKPEPISMA pada 23 Mei 2009 ini akan dialihkan kepada program ini.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Item Reviewed: Program Pengajian Intensif Kitab Akidah Rating: 5 Reviewed By: PERKEPIS
    Scroll to Top