728x90 AdSpace

  • Latest News

    Monday, July 06, 2009

    Terima Kasih Warga Kolej!



    Pada 26-28 Jun 2009 yang lepas, syukur kepada Allah, telah berlangsung program Jom Cemerlang PMR Kolej 2009 di Kolej Datu Patinggi Abang Haji Abdillah, Petra Jaya, Kuching. Program merupakan program anjuran Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS) bersama pihak sekolah. Program ini melibatkan seramai 107 pelajar Tingkatan 3 Kolej yang terdiri dari pelbagai latar belakang agama dan kaum.

    Program ini seumpama program-program siri Jom Cemerlang seperti di Jom Cemerlang PMR di MRSM Kuching dan SMK Sebuyau pada Mei dan Jun yang lepas.



    Setinggi-tinggi penghargaan ditujukan terutama kepada pihak pentadbiran sekolah khususnya pengetua Kolej D.P.A.H Abdillah kerana mengizinkan pihak kami untuk menganjurkan program motivasi ini di sekolah Puan. Terima kasih tidak terhingga jua buat kepada Cikgu Rohaya, kaunselor sekolah yang memberikan kerjasama yang erat sekali.



    Buat adik-adik, teruskan usaha anda menggapai kecemerlangan. Sesungguhnya, kecemerlangan ini melangkaui PMR dan ujian-ujian lain. Tidak ada yang lebih menggembirakan ibu bapa anda melainkan anda seorang yang menghormati mereka dan menghadiahkan mereka keputusan yang cemerlang! Dan tidak ada yang para guru anda gembira, melainkan mereka dihormati sebagai guru, dan anak-anak didik mereka menjadi seorang yang berguna! Andalah yang mengukir lukisan gemilang masa hadapan dengan tangan anda sendiri!

    Berjasa Kepada Masyarakat


    NOTA: Sebahagian daripada entri ini diadaptasi daripada blog sdr. Ahmad Safiudin di pautan ini. Gambar-gambar program boleh didapati di blog sdr. Hisyam di pautan ini.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    2 comments:

    Abdullah Umar said... 6:55 PM, July 06, 2009

    Salam. Setahun dari sekarang tunggu jak kitak org.menahan geram >-<. InsyaAllah kmk coba molah kertas kerja cuti musim panas tok kakya kmk submit dgn kitakorg.

    Anonymous said... 11:02 AM, July 07, 2009

    Waaa =O semangatnya Umar. Kitak jadi ketua fasi lah nak? Toklah masanya mengaplikasikan KAFI dolok. Hehehehe...

    -Azrul b Jaini

    Item Reviewed: Terima Kasih Warga Kolej! Rating: 5 Reviewed By: PERKEPIS
    Scroll to Top