728x90 AdSpace

  • Latest News

    Monday, January 11, 2010

    B-POP Berjalan Lancar



     

     

    Bengkel Pengurusan Organisasi dan Penganjuran Program (B-POP) anjuran Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS) berjalan lancar pada 9 Januari 2010 (Sabtu) yang lepas. bertempat di Sekretariat PERKEPIS, Gita, Kuching. Program tersebut adalah khusus untuk ahli Akademi Bestari Muda (ABM) di dalam menyediakan mereka untuk menganjurkan aktiviti-aktiviti organisasi tersebut di masa mendatang.

    Seramai 20 orang peserta hadir untuk menyertai program tersebut. Mereka terdiri daripada para pelajar lepasan SPM 2009. Mereka telah didedahkan dengan teori asas di dalam pengurusan organisasi dan penganjuran program di samping latihan praktikal yang turut diserapkan. Hasil daripada program tersebut, mereka telah pun merancang tiga program bagi memperluas serta memperkukuh jaringan ukhuwwah di kalangan rakan sebaya di samping memperkasa diri untuk berdepan dengan alam pasca persekolahan. Tiga program tersebut adalah seperti berikut;

    1. "Baramij Taakhi wa Talahum" pada 29-31 Januari 2010 bertempat di Pasir Pandak, Kuching.
    2. "Liga Futsal ABM" pada 13 Februari 2010 bertempat di gelanggang futsal Masjid Jamek Negeri Sarawak.
    3. "Selangkah Dalam Kehidupan Muslimah" pada 27-28 Februari 2010 bertempat di Homestay ABAS, Kpg. Panglima Seman Lama, Kuching.
    Mengambil kesempatan ini, ABM amat mengalu-alukan sumbangan kewangan bagi menampung kos penganjuran program-program yang tersebut di atas. Sebarang sumbangan boleh disalurkan ke akaun PERKEPIS seperti yang berikut (sila maklumkan kepada pihak PERKEPIS selepas membuat sumbangan);

    Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS)
    Akaun Bank Islam : 11013020282996

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Item Reviewed: B-POP Berjalan Lancar Rating: 5 Reviewed By: ayam kampung
    Scroll to Top