728x90 AdSpace

  • Latest News

    Monday, January 11, 2010

    Usrah Ziarah PERKEPIS

    Usrah Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS) pada minggu ini (10/1/10) telah menziarahi kediaman Cik Maria Enche Yusuf (Exco PERKEPIS) di Taman Matang Jaya, Kuching dan seterusnya ke Telaga Air, Kuching untuk menziarahi Ustaz Hasfa Bakhry Hassan (YDP ABIM Sarawak). Konvoi 5 buah kereta dengan jumlah lebih 20 orang bergerak selepas solat Asar berjemaah di Masjid At-Taqwa, Gita, Kuching ke destinasi yang dituju.

    Usrah PERKEPIS ke kediaman Cik Maria adalah bagi menziarahi ayahandanya yang tidak sihat. Ayahandanya akan menjangkau umur 88 tahun pada tahun ini. Usrah PERKEPIS meluangkan masa hampir sejam berbual dengan Cik Maria dan ayahandanya.

    Usrah PERKEPIS sampai ke kediaman Ustaz Hasfa di Telaga Air, Kuching sebelum Maghrib. Selepas menunaikan solat Maghrib berjemaah, Ustaz Hasfa dijemput untuk menyampaikan pengisian kepada ahli usrah pada malam itu. Pengisian Ustaz Hasfa berlegar di sekitar isu-isu yang membelenggu umat Islam pada hari ini serta saranan kepada belia dan pelajar Islam untuk bergiat di dalam usaha penambah baikan umat. Ustaz Hasfa juga turut berkongsi pengalamannya ketika masih lagi bergelar pelajar serta turut aktif di dalam usaha dakwah yang sebenarnya amat mendambakan tenaga-tenaga muda.

    Selepas solat Isya' berjemaah, usrah PERKEPIS telah dijamu dan usrah ditangguhkan  ke minggu berikutnya seperti biasa. Berikut adalah di antara gambar-gambar yang diambil ketika usrah berlangsung;


    Ustaz Hasfa Bakhry Hassan, YDP ABIM Sarawak

     
    Di antara ahli usrah PERKEPIS

     
    Di antara ahli usrah PERKEPIS 
     


    Di antara ahli usrah PERKEPIS


    Ahmad Syahmeer Junaidi, Setiausaha Agung PERKEPIS

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Item Reviewed: Usrah Ziarah PERKEPIS Rating: 5 Reviewed By: ayam kampung
    Scroll to Top