728x90 AdSpace

  • Latest News

    Saturday, February 20, 2010

    Keistimewaan Rasulullah s.a.w di Alam Barzakh



    Kelebihan selawat

    Daripada Abi Darda' radiallahu 'anhu berkata: Sabda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam:

    "Perbanyakkanlah selawat atasku pada hari Jumaat kerana ia adalah hari penyaksian yang disaksikan oleh malaikat. Sesungguhnya tidaklah seseorang berselawat atasku melainkan dibentangkan atasku selawatnya sehinggalah disempurnakan selawat tersebut." Dia berkata: "Saya bertanya, 'Adakah ia juga berlaku selepas kewafatan kamu?' Sabda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam, 'Sesungguhnya Allah mengharamkan bumi daripada memamah jasad-jasad para nabi'."


    Diriwayatkan oleh ibnu Majah dan al-Tabarani dengan isnad yang baik [1]. Dalam perbincangan bab Kehidupan Khusus Nabi Kita, Muhammad sallallahu alaihi wasallam dalam kitab Mafahim Yajibu an-Tusohhah (Kefahaman yang Wajib Dibetulkan)beberapa hadith yang mengatakan bahawa setiap selawat yang diucapkan oleh umat baginda sallallahu alaihi wasallam akan dimaklumkan terus kepada baginda. Dan Allah akan berselawat ke atas orang tersebut sebanyak sepuluh selawat daripada-Nya. Kita tinjau beberapa hadith:



    Daripada Ammar bin Yasir radiallahu anhu, beliau berkata, Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda:

    "Sesungguhnya Allah telah mewakilkan bagi kuburku malaikat yang Allah telah berikan kepadanya nama-nama sekalian makhluk. Maka tidak seorang pun yang berselawat atasku sehingga Hari Kiamat melainkan dia menyampaikan kepadaku dengan namanya dan nama bapanya, 'Ini Fulan bin Fulan, dia telah berselawat atasmu'."


    Diriwayatkan oleh al-Bazzar dan Abu al-Syeikh ibnu Hibban dengan lafaznya, Rasulullah sallallahu alaihi wasallam telah bersabda:

    "Sesungguhnya Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung mempunyai malaikat yang diberikan kepadanya pendengaran sekalian makhluk. Maka dia berdiri di kuburku apabila aku telah wafat. Tiada seorang pun berselawat kepadaku melainkan selawat itu berkata (memberitahu baginda sallallahu alaihi wasallam), 'Wahai Muhammad (sallallahu alaihi wasallam)! Fulan bin Fulan telah berselawat kepadamu.' Lalu baginda sallallahu alaihi wasallam bersabda, 'Maka Tuhan Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung akan berselawat atas lelaku tersebut bagi setiap satu selawatnya sepuluh selawat (daripada Allah).'"


    Marilah kita memnbanyakkan selawat atas baginda sallallahu alaihi wasallam!


    Berjasa Kepada Masyarakat


    Rujukan:

    1. Syeikh Abu al Fadhl Abdullah ibn Muhammad al Siddiq al Ghumari al Hasani, (2009). 40 Hadith Keistimewaan Rasulullah sallallahu alaihi wasallam. Sofa Production: Ampang.

    2.Sayyid Muhammad ibn Alawi al-Maliki al-Makki al-Hasani, (2008). Kefahaman yang wajib diperbetulkan. Sofa Production: Ampang


    Bersempena:
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    1 comments:

    pakLan said... 5:12 PM, April 05, 2011

    اللهم صل على سيدنا محمد

    Item Reviewed: Keistimewaan Rasulullah s.a.w di Alam Barzakh Rating: 5 Reviewed By: Azrul bin Jaini
    Scroll to Top