Merindui saat-saat bertemu dengan orang-orang hebat dari dalam kampus mahupun di luar kampus yang pakar dalam bidang ideologi dan falsafah ini, saya tumpahkan rasa rindu saya dalam Diskusi Meja Bulat MAIM yang berlangsung di Dewan Syarahan YADIM Zon Sarawak yang memperkenalkan Dr. Anis Malik Thoha (Pengarah IIUM Press Office) sebagai panel jemputan pada 29 Mei 2010 yang lepas. Salah satu sebab saya berminat untuk hadir ialah kerana rindu pada pensyarah kampus saya UIAM Gombak. Boleh ke?? =) Alhamdulillah…Dipendekkan cerita, ayuh baca apa yang saya catatkan dalam sebahagian sesi diskusi ini. Namun, mohon maaf seandaikan ada kekurangan data dan fakta yang kurang konkrit untuk difahami. Sebarang tambahan dan kesilapan dalam tulisan ini dimohon untuk direspon dan diperbetulkan. InsyaALLAH.
Berikut merupakan catatan sdri. Siti Raufa Sufrina, antara wakil Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS) ke diskusi ini. Ikuti lanjut di blog Rindok Ati.
Berjasa Kepada Masyarakat
0 comments:
Post a Comment