728x90 AdSpace

  • Latest News

    Tuesday, June 01, 2010

    Kem Rumpun Ukhuwah (KRU) 2010


    Teringat suatu ketika dahulu, ketika memperkenalkan Kem Rumpun Ukhuwah, ramai juga yang terkesima pada awalnya.

    “Apa? KRU?” Kening seorang belia berkerut.

    “Tapi sekda Norman Hakim dengan Edry KRU lah.”

    “Plente kitak.”

    “KRU ya, singkatan Kem Rumpun Ukhuwah. Program tok untuk bekas pelajar SPM 2008 (lepasan Matrikulasi & Tingkatan 6) dan SPM 2009.”

    “Ohhh... padah la awal-awal. Insya-Allah lapang masa ya. Minat eh mok ngekot!”
    Syukur kepada Allah, Kem Rumpun Ukhuwah (KRU) 2010 anjuran Projek Jambatan Emas (PJE) telah berjaya dianjurkan pada 28 sehingga 30 Mei 2010 yang lepas di Homestay Saptuyah, di Pasir Pandak, Kuching. Program tersebut telah disertai oleh hampir 40 orang peserta yang terdiri daripada pelajar SPM 2010 (Tingkatan 5), SPM 2008 dan 2009.


    PJE merupakan rangkaian sahabat kepada Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS). PJE juga dikenali sebagai sebuah kelab indie untuk remaja untuk merapatkan ukhuwah.

    KRU 2010 dilaksanakan dengan objektif untuk memperkukuh ukhuwwah sesama peserta yang terdiri daripada pelajar menengah atas dan mahasiswa dari pelbagai institut pengajian tinggi. Program tersebut juga bertujuan emberi kesedaran kepada peserta akan peranan mereka dalam pembentukan masyarakat yang cemerlang di Sarawak.
    Modul yang diselitkan memberi input-input penting kepada para peserta bagi mendepani suasana masyarakat yang terpengaruh dengan pelbagai budaya kuning. Bertepatan dengan tema program ini ‘Generasi Belia Peneraju Wawasan Khaira Ummah,’ beberapa slot telah diisi oleh pimpinan dan mantan PERKEPIS seperti tajuk “Siapa Aku?”, “Peranan Ilmu dalam Kehidupan” dan “Peranan Mahasiswa kepada Masyarakat.”

    Sambutan amat memberansangkan, ukhuwah telah bertaut sesama para peserta dan keseluruhan penggerak program. Melalui program ini juga, peserta memberikan maklum balas positif mengenai mendedahkan beberapa perkara yang berharga untuk dimanfaatkan dalam kehidupan.
    Semoga suasana saling memahami yang telah dibina dapat dilanjutkan dan dijadikan sebagai sumber kekuatan sebagai orang muda Muslim. Ini kerana perjalanan hidup ini masih panjang dan jauh. Justeru, pengembaraan yang bakal ditempuh kelak pasti memerlukan bekalan yang mencukupi.

    Terutama dalam kerangka Berjasa Kepada Masyarakat, para peserta haruslah menjiwai dan memahami bahawa masa MUDA adalah Masa Untuk Dakwah dan Amal, manakala masa TUA pula adalah detik untuk Tumpuan Untuk Akhirat. Oleh yang demikian, KRU 2010 menyeru agar masing-masing mengorak langkah untuk membaiki diri dan memperlengkap empat elemen penting dalam perjalanan yang amat jauh ini. Elemen-elemen tersebut adalah keluasan pemikiran, kekuatan kerohanian, ketinggian cita-cita dan kesungguhan usaha. Dengan adanya keempat-empat elemen ini, insya-Allah mampu menjadi bekal tidak ternilai mengharung perjuangan kehidupan.
    Semoga KRU 2010 mengukir kenangan-kenagan manis bersama. Semoga dapat dimanfaatkan segala perkongsian yang diberikan. Seluruh warga urusetia KRU 2010 memohon segala kesilapan dan kesalahan tidak disengajakan. Mudah-mudahan ruang yang ada digunakan sepenuhnya untuk membaiki kualiti program yang dianjurkan.

    Generasi Belia Peneraju Wawasan Khaira Ummah

    Berjasa Kepada Masyarakat
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Item Reviewed: Kem Rumpun Ukhuwah (KRU) 2010 Rating: 5 Reviewed By: Azrul bin Jaini
    Scroll to Top