728x90 AdSpace

  • Latest News

    Sunday, May 30, 2010

    Kursus Asas Fasi Ideal 2010 (Kuching)


    Alhamdulillah, syukur kepada Allah, Kursus Asas Fasi Ideal (KAFI) 2010 telah diadakan pada 21 sehingga 23 Mei 2010 yang lepas dengan jayanya. Bertempat di Sekretariat PERKEPIS yang terletak bersebelahan dengan Masjid Taqwa di Gita, Kuching seramai 30 orang telah menjadi peserta.

    KAFI telah menyediakan pengetahuan asas teori dan praktikal menjadi fasillitor, ataupun dikenali juga sebagai pemudahcara. Antara objektif KAFI adalah untuk menyediakan fasilitator yang akan menjadi sukarelawan dalam program-program anjuran PERKEPIS mahupun anjuran pertubuhan ataupun agensi lain.


    KAFI memberikan pendedahan dan pengalaman baru buat para peserta. Antara pencapaian dalam kursus ini adalah, para peserta mampu serta berani menyuarakan pandangan dan yakin akan kebolehan diri. Selain itu, KAFI memberikan peluang untuk peserta mempraktikkan amali seperti 10 Tabiat Fasi PERKEPIS, prinsip VAK, kemahiran 4M dan sebagainya.
    Latihan dalam kumpulan (LDK)


    Santapan bersama mengikat tali ukhuwah
    Definisi fasilitator PERKEPIS
    Praktikal: “Batu Kecil”
    Praktikal: “Ta’aruf Tempat”

    Terima kasih sekalung budi buat aktivis PERKEPIS yang telah bertungkus-lumus menjayakan KAFI 2010 (Kuching):
    Trainer: Ahmad Safiudin bin Zamani, mahasiswa Kejuruteraan Terma Bendalir (Mekanikal) tahun 3 Universiti Teknikal Malaysia (UTeM), kampus Melaka
    Trainer: Ahmad Syahmeer bin Junaidi, mahasiswa tahun akhir pendidikan Bahasa Inggeris Universiti Tun Abdul Razak (UNiTAR) Kuching
    Trainer: Siti Raufa Sufrina bt Abdul Raub, mahasiswa tahun 3 Universiti Islam Antarabangsa Malaysia UIAM, Gombak(dua dari kiri)
    Trainer: Hisyamudin Roslan, mahasiswa tahun 3 Undang-undang Syariah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak

    Trainer: Sdr. Syed Abdul Hamid bin Wan Yusuf, mantan Yang DiPertua PERKEPIS 2008/09, penuntut Madrasah Khairat Kuching (juga merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains Biologi Universiti Malaya)

    Terima kasih sekalung budi buat urusetia yang telah memastikan segalanya berjalan lancar. Juga ucapan penghargaan buat pihak yang telah menyumbang tenaga, fikiran dan wang ringgit untuk membantu kelancaran program. Allah jualah yang akan membalas jasa kalian dan yang telah mengizinkan program ini sempurna ditamatkan.

    Semoga KAFI 2010 (Kuching) akan memberi banyak manfaat kepada para peserta yang mempunyai kesungguhan dan minat yang tinggi untuk menjadi fasilitator yang berkualiti tinggi. Marilah kita bersama-sama bersatu hati dan menggembleng tenanga dalam menyemarakkan api keazaman untuk meletakkan Islam sebagai tempat yang selayaknya di hati masyarakat; khususnya remaja, belia dan mahasiswa Islam Sarawak... Amiin...

    Berjasa Kepada Masyarakat
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Item Reviewed: Kursus Asas Fasi Ideal 2010 (Kuching) Rating: 5 Reviewed By: Azrul bin Jaini
    Scroll to Top