Alhamdulillah, seramai 7 orang Hewi Perkepisma menyertai Rawon kali ini yang terdiri dari pelajar UIAM, UKM, Pusat Asasi UIAM, UiTM Shah Alam, KUIS dan Ins. Pendidikan Ilmu Khas (IPIK). Perjalanan dari Kuala Lumpur hingga Kampung Jempul, Bahau memakan masa 6 jam menaiki KTM dan bas ekspress. Antara aktiviti yang dilakukan ialah seperti ziarah silaturrahmi, lawatan ke Istana Seri Menanti dan slot pengisian.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada tuan rumah, Puan Ramlah binti Ludin dan seluruh keluarga En. Mustapha atas layanan baik dan bantuan yang diberikan sepanjang program. Juga tahniah buat seluruh urusetia yang berjaya menganjurkan program ini. Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan dengan penyertaan yang lebih baik kerana manfaatnya sungguh besar buat mahasiswi yang bertebaran di setiap IPTA di seluruh Semenanjung Malaysia.
BERJASA KEPADA MASYARAKAT!
0 comments:
Post a Comment