Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS) akan menganjurkan Majlis Khatam Al Quran dan Tazkirah Ihya’ Ramadhan 1432H, bertempat di Surau Darul Husnul Khatimah, Semerah Padi, pada:
Hari Ahad, 14 Ramadhan 1432H / 14 Ogos 2011M.
Bermula jam 10.15 pagi.
Bermula jam 10.15 pagi.
Majlis Khatam Al Quran dan Tazkirah Ihya’ Ramadhan ini adalah kesinambungan daripada Program Tadarus Al Quran Ramadhan 1432H anjuran PERKEPIS sepanjang bulan Ramadhan kali ini.
Sukacitanya, pihak PERKEPIS menjemput belia-belia Islam, samaada ahli PERKEPIS mahupun tidak untuk sama-sama menghadiri majlis ini.
Tentatif majlis ringkas tersebut adalah seperti berikut;
10.15 pagi: Ucapan aluan
Doa pembukaan majlis
10.30 pagi: Majlis Khatam Al Quran bermula
11.15 pagi: Solat sunat Dhuha secara berjemaah
11.35 pagi: Tazkirah Ihya’ Ramadhan oleh Ustaz Suhardi bin Haji Edward
12.20 tgh: Alunan Qasidah / Puji-pujian ke atas Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa alihi wa
sallam
12.35 tgh: Majlis berakhir
Solat fardhu Zhuhur secara berjema’ah
Moga dengan sedikit usaha ini, akan dipandang oleh Allah Ta'ala dan melayakkan kita untuk tergolong dalam golongan orang-orang yang membesarkan bulan Ramadhan yang mulia ini serta mengimarahkan rumah-rumah Allah.
Sekian, wassalam.
“Berjasa Kepada Masyarakat”
*Digalakkan untuk membawa Al Quran sendiri.
*Sebarang pertanyaan mengenai lokasi majlis dan sebagainya boleh hubungi Saudara Muhammad di no. 013 2506635.
0 comments:
Post a Comment