728x90 AdSpace

  • Latest News

    Friday, August 19, 2011

    SEMURNI KASIH RAMADHAN SIRI 4: KAMPUNG TELAGA AIR



    Alhamdulillah program Semurni Kasih Ramadhan 4 diteruskan dalam minggu kedua. Kali ini destinasi ziarah adalah di Kpg. Telaga Air, Kuching pada Isnin, 15 Ramadhan 1432H / 15 Ogos 2011 yang lepas. Seramai 18 krew rombongan daripada Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sarawak bersama dengan ahli-ahli Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS) telah terlibat dalam program ini. Barangan sumbangan dihulurkan kepada 20 keluarga yang memerlukan.


    Meskipun cuaca pada pagi tersebut hujan lebat, kerja-kerja pemunggahan untuk 20 set barangan sumbangan tetap diteruskan. Setiap set termasuk sekampit beras dan satu plastik yang mengandungi barangan dapur seperti gula, minyak masak, susu, biskut dan sebagainya.



    Kehadiran rombongan Semurni Kasih Ramadhan 4 telah disambut mesra oleh Ketua Kampung, En. Hj. Bukhari bin Sahari dan kemdiannya oleh Penghulu, Tn. Hj. Morshidi.



    Majlis yang serba sederhana telah berlangsung. Ketua rombongan, En. Safiee bin Hanapi telah memberikan sedikit taklimat tentang agihan barangan dan kegiatan kebajikan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sarawak.






    Usai penyerahan, ahli-ahli rombongan secara sukarela telah menghantar barangan ke rumah penerima-penerima. Rata-rata mereka adalah di kalangan yang sudah tua. Anak-anak muda inilah yang memikul tanggungjawab meringankan bebanan mereka.


    Pihak Semurni Kasih Ramadhan 4 dengan rasa rendah diri ingin mengucapkan rasa terima kasih atas kerjasama yang telah diberikan oleh pihak Kpg. Telaga Air. Semoga dengan sedikit bantuan yang diberikan dapat meringankan bebanan meraikan Ramadhan dan Hari Lebaran yang mendatang, insya-Allah.

    “Memacu Wawasan Khayra Umah”


    **
    Dipetik dari laman Angkatan Belia Islam Sarawak cawangan Sarawak.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Item Reviewed: SEMURNI KASIH RAMADHAN SIRI 4: KAMPUNG TELAGA AIR Rating: 5 Reviewed By: Ummu Fateh
    Scroll to Top