Program ini diadakan dengan tujuan memberikan inspirasi kepada anak muda
dan ibu bapa di sekitar Kuching untuk melahirkan
Sesi pertama yang dikhaskan untuk para pelajar sekolah sekitar Kuching
menyaksikan seramai lebih seratus orang pelajar mengikuti dan mendengar
pengisian daripada ayahanda dan bonda Allahyarham Saudara Ammar Bin Ahmad Azam.
Program pada sesi pertama dipengerusikan oleh Yang Di-Pertua PERKEPIS Saudara
Afiq Asyraf bin Soepirman. Sesi santai ini memudahkan pelajar untuk mendengar
pengisian Tuan Haji Ahmad Azam dan Puan Nur Azlina. soalan yang dilontarkan
oleh pendengar amatlah bermanfaat untuk semua. Teringat akan soalan seorang
peserta mengenai Allahyarham Ammar masuk ke Maktab Tentera Diraja. Jawapan yang
diungkapkan oleh Puan Nur Azlina amatlah menyayat hati apabila beliau
menyatakan bahawa Allahyarham Ammar tidak pernah mengatakan tidak kepada ibunya
sehingga sebelum masuk ke Maktab Tentera Diraja.
Sesi malamnya pula bermula pada pukul 7,
namun penonton tiba pada 6.30 petang menunjukkan semangat berkobar-kobar mereka
untuk mendengar pengisian Tuan Haji Azam dan Puan Nur Azlina. Program bermula
seperti sesi pagi tetapi lebih formal dan dipengerusikan oleh Saudara Razak bin
Bahterem. Antara pengisian nya adalah 7 Formula Melahirkan Sultan Al-Fateh.
Kesimpulannya, Program Ammar ini mampu menarik penduduk sekitar
Kuching untuk menghayati perjuangan Allahyarham Ammar. Semoga program ini mampu
memberi nafas baru kepada pejuang-pejuang Islam di seluruh negeri Sarawak.
1 comments:
Tahniah
Post a Comment