Assalamualaikum. Segala puji bagi
Allah Tuhan sekalian alam yang Maha Menciptakan dan yang Maha Berkuasa atas
sesuatu. Selawat dan salam diutarakan kepada Rasul junjungan Muhammad s.a.w. .
Moga kita semua terpelihara daripada segala dosa yang kecil mahu pun dosa yang
besar. Amin.
Berbalik kita kepada isu yang
semakin panas dalam kalangan pelajar sepanjang tahun 2013 yang lalu,
terlalu banyak masalah sosial yang di luar kawalan mana-mana pihak terus
menular di kalangan pelajar-pelajar di peringkat umur 13 tahun hingga 20 tahun
ke atas yang dikategorikan sebagai pelajar khususnya. Tidak kiralah sama ada di peringkat pelajar
sekolah menengah mahupun pelajar-pelajar institusi pendidikan tinggi di seluruh
Malaysia.
Antara perlakuan pelajar yang mengalami masalah sosial adalah seperti
merokok, merempit, mengambil dadah, mengadakan hubungan di luar tabi’i,
menjalinkna hubungan sulit walaupun tidak ada hubungan yang halal (sah) di sisi
syarak, ponteng kuliah, lari dari rumah dan pelbagai lagi sekiranya di nyatakan
tidak akan mencukupi (infiniti).
Allah berfirman di dalam Surah Adz Dzariyat : 56,
“Tidak Aku ciptakan jin dan Manusia
melainkan hanya untuk beribadah kepada-Ku.”
Ini bermakna seluruh kehidupan
manusia yang hidup di muka bumi Allah adalah untuk beribadah hanya kepada
Allah. Kerana itulah manusia diciptakan dengan sebaik-baik kejadian seperti
mana yang Allah terangkan dalam Surah At Tin : 4
“ Sesungguhnya, telah kami ciptakan manusia
dalam bentuk yang sebaik-baiknya.” .
Makanya,
kefahaman dari sudut mendalami ayat – ayat Allah s.w.t. semestinya akan
menghasilkan rasa takut dan rasa gementar dalam hati setiap manusia yang hidup
di muka bumi Allah.
Andaikata pelajar-pelajar memahami
hakikat kehidupan yang sebenar mengapakah manusia diciptakan, mana mungkin akan
berlakunya masalah sosial yang semakin hari semakin meningkat. Setiap daripada
manusia perlu untuk mengenal Allah yang al-Haq supaya hala tuju dan tujuan
sebenar hidup di muka bumi adalah untuk Allah semata-mata.
Persoalannya, salah siapa?
Angkat tangan kanan, pegang itu hati. Tanya sama
hati, ‘Salah siapa ? ‘ .
Sebagai insan yang selalu terus mencari redha Allah
tiap masa dan tiap waktu, Rasulullah s.a.w berpesan kepada kita ,
‘Sebaik-baik manusia adalah yang paling
bermanfaat bagi orang lain.’
(HR. Ahmad, Thabrani, Daruqutni. Dishahihkan Al Albani dalam As-Silsilah
As-Shahihah)
Para Dai’e perlu mengambil tempat
dalam menangani isu-isu yang melibatkan masalah ummat. Menyebar dakwah Nabi
Muhammad s.a.w adalah sunnah yang paling besar di mana ianya mengembalikan dan
menyeru manusia untuk taat kepada perintah Allah secara konsisten.
Siapa sahaja pun boleh menyambung perjuangan
Rasulullah s.a.w yang mulia , tulus dan ikhlas tanpa mengharap atau meminta
balasan. Itulah perjuangan yang sebenar.
"Apabila
kita hendak melihat wajah negara pada masa hadapan, lihatlah generasi mudanya
pada hari ini, sekiranya golongan muda pada hari ini adalah daripada kalangan
yang berakhlak dan berhemah tinggi, tentunya negara kita pada masa hadapan
menjadi sebuah negara yang aman makmur tetapi jika keadaan adalah sebaliknya,
maka bersedialah untuk berhadapan dengan kemungkinan buruk yang akan
berlaku."
Nukilan Profesor Doktor Yusuf Al-Qardhawi.
Disediakan oleh,
Mohd Raufa Aminuddin Bin Abdul Raub
Timbalan Yang Di Pertua PERKEPIS
0 comments:
Post a Comment