728x90 AdSpace

  • Latest News

    Tuesday, March 25, 2014

    PERKEPIS Kecam Hukuman Mati Ke Atas 529 Penyokong Morsi

    Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS) merasa dukacita dan kecewa di atas tindakan hukuman mati ke atas 529 penyokong Presiden Mesir yang dipilih secara demokrasi, Dr. Mohamad Morsi. Dengan hasrat memperjuangkan cita-cita mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni dan makmur berasaskan prinsip dan nilai keagamaan serta demokrasi tulen, kami menyatakan rasa keprihatinan terhadap situasi politik di Mesir yang berlaku kini.

    PERKEPIS mengecam sekeras-kerasnya tindakan terbaru rejim As-Sisi yang bertindak zalim terhadap pengikut Ikhwanul Muslimin dan dengan jelas mereka mahu menghapuskan gerakan yang didokongi akar umbi rakyat Mesir serta mengembalikan Mesir ke dalam pemerintahan kuku besi. Kekejaman ini akan memberikan tekanan terhadap pemerintah Mesir daripada seluruh dunia yang cintakan keadilan. Antara yang dihukum mati ialah Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin, Dr. Muhammad Badi’ dan Presiden Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP), Dr. Mohamed Saad Katatni.

    Dr. Mohamad Morsi telah mencatatkan sejarah apabila beliau dipilih sebagai Presiden oleh rakyat Mesir melalui jalan demokrasi. Kemenangan beliau adalah berdasarkan prinsip pilihanraya yang dihormati bersama. Namun, langit tidak selalu cerah. Landskap politik Mesir telah dirosakkan oleh Jeneral As-Sisi yang mendapat dokongan Zionis menggulingkan Dr. Mohamad Morsi. Jelas, tindakan tentera Mesir ini melanggar prinsip demokrasi.

    Justeru, PERKEPIS menggesa seluruh mahasiswa Malaysia khususnya di Sarawak menyatakan suara bantahan terhadap apa yang berlaku di Mesir. Dengan demikian, ia membuktikan keprihatinan kita di peringkat antarabangsa. Kepedulian terhadap orang lain sangat dituntut dalam Islam, sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud “Barangsiapa tidak mengambil berat tentang urusan umat Islam, maka bukanlah mereka daripada kalangannya” (Hadis Riwayat Bukhari). Sikap membisu serta menutup mata masyarakat antarabangsa merupakan pengkhianatan terhadap umat itu sendiri.

    Akhir sekali, PERKEPIS menyeru kepada semua mahasiswa di Sarawak agar berdoa memohon pertolongan Allah SWT untuk menyelamatkan saudara kita di Mesir. Semoga Allah SWT menganugerahkan kekuatan dan kesabaran kepada mereka yang memperjuangkan kebenaran dan keadilan demi memartabatkan kebebasan dan karamah insaniah rakyat Mesir dan umat secara keseleruhannya.


     “BERJASA KEPADA MASYARAKAT”

    MUHD AFIQ ASYRAF BIN SOEPIRMAN
    Yang Di-Pertua
    Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS).
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Item Reviewed: PERKEPIS Kecam Hukuman Mati Ke Atas 529 Penyokong Morsi Rating: 5 Reviewed By: Admin
    Scroll to Top