728x90 AdSpace

  • Latest News

    Tuesday, March 25, 2014

    Lawatan Taski : Taski Kitak Tunggu Kamek Datang





















    Pada 6 Mac, seramai 11 orang peserta menyertai Taski Kitak Tunggu Kamek Datang di Taski ABIM di Taman Seri Wangi. Program ini berobjektifkan memberi pendedahan kepada para peserta tentang cara pendekatan, pembelajaran dan proses pengajaran bagi kanak-kanak taski ataupun tadika.

    Taski ABIM terdiri daripada 3 jenis kumpulan umur, 4 tahun, 5 tahun dan 6 tahun.
    Pada awal pagi seawal 7.30 pagi, anak-anak ini akan memulakan hari mereka dengan zikir-zikir dan berqasidah. Pada hari tersebut, Taski ABIM mengadakan hari sukan dari pukul 8 hingga 10 pagi dan seterusnya kelas seperti biasa.

    Anak-anak berzikir sebelum memulakan hari-hari mereka

    Anak-anak ini dibahagikan mengikut kumpulan umur mereka. 6 tahun akan berada di taska ABIM berhampiran, 4 tahun berada di dewan manakala 5 tahun berada di kawasan lapang luar taski.
    Kami juga berkesempatan memberi cenderahati kepada cikgu sebagai token of appreciation yang telah menjemput kami dan juga memberi anak-anak ini sedikit ‘kemanisan’ atas kemanisan mereka.

    Warm-up bersama anak-anak sebelum sukan bermula.

     Bersama Abg Safiee salah seorang guru di Taski ABIM


     Selepas tamat hari sukan, kami sempat menemu ramah cikgu-cikgu taski yang ada di antara mereka sudah mengajar selama 17 tahun. Katanya, anak-anak ini ada pelbagai ragam, ada yang akan mengikut “angin”, kalau anginnya bagus maka senanglah untuk cikgu berkomunikasi, jika tidak, apa mahunya walaupun dituruti, tidak akan mengubah apa-apa. Sungguh lucu melihat gelagat anak-anak diluar mahupun di dalam kelas. Selepas tamat hari sukan, kami juga sempat melihat bagaimana cikgu-cikgu di taski mengajar anak-anak ini.

    Bersama-sama anak di dalam kelas.

    Pada sesi resolusi, 2 orang peserta telah dijemput oleh cikgu taski untuk mengajar di taski abim. Kami juga sempat untuk berkongsi pengalaman dan pendapat. Ada katanya program ini patut diteruskan tetapi dilakukan di cawangan taski abim yang lain. Ada juga berkongsi pengalaman mereka, ‘saya seorang yang sangat sukakan kanak-kanak, mengikut program ini telah mengimbaukan saya kembali mengenai kehilangan anak buah beberapa tahun yang lalu, namun, ini telah memberi saya semangat untuk bersama-sama hari ini untuk melihat anak-anak ini'.

    Harapannya, kita dapat sama-sama belajar daripada guru-guru dan juga anak-anak ini bagaimana untuk mengawal kanak-kanak dan memperluaskan pengetahuan kita mengenai kanak-kanak; cara mengawal mereka, cara menarik perhatian mereka. Bukan mudah menjadi pendidik, kemahiran untuk mengajar kanak-kanak, berbeza daripada mengajar orang dewasa. Pelbagai yang telah dipelajari dalam program ini, Insya Allah program sebegini, yang mendekatkan kita dengan alam perkejaan akan diadakan lagi kelak. 

    Apa seterusnya? Kedoktoran? Perhotelan?

    InsyaAllah ini akan menjadi pencetus kepada program Generasi Muda Prihatin (GEMPA) seterusnya.
    Program seterusnya untuk GEMPA, Kleaning Kuching InsyaAllah


    NORATIRAH RAMBLI
    EXCO Generasi Muda Prihatin
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Item Reviewed: Lawatan Taski : Taski Kitak Tunggu Kamek Datang Rating: 5 Reviewed By: Tyah
    Scroll to Top