Oleh: Raufa Aminuddin
Masalah remaja semakin berleluasa di kalangan remaja.
Baru-baru ini kita digemparkan dengan kes rogol yang melibatkan pelajar sekolah
yang berusia dalam lingkungan umur 17 tahun dan 19 tahun.
Seandainya perkara ini dibiarkan tanpa ada tindakan daripada
semua pihak, maka pelbagai masalah sosial ini akan semakin berleluasa tanpa ada
seorang pun yang mampu mencegahnya.
Kes rogol sebegini sememangnya bertentangan dengan ajaran
Islam. Islam sendiri membawa maksud selamat. Selamat yang merangkumi seluruh
kehidupan.
Cuma mengapa kes rogol ini menjadi fenomena sedangkan di
sekeliling kita terdiri di kalangan yang ahli agama, berjawatan besar,
berpangkat tinggi, bergaji lumayan, berkereta mewah dan berumah banglo?
Antara jawapan yang menjadi persoalan di atas adalah :
- Kurang dalam menghayati ajaran Islam itu sendiri. Masih lagi ada amalan mementingkan diri sendiri. Mencari harta untuk diri sendiri dan mengumpul harta hingga nampak kaya di mata dunia. Sedangkan Nabi Muhammad S.A.W bersabda ,
‘ Khairunnas an fa u’hum linnas.’
Sebaik-baik
manusia adalah manusia yang bermanfaat kepada orang lain.
Kesimpulannya seburuk-buruk
manusia adalah manusia yang tidak menfaatkan dirinya untuk orang lain. Makanya,
apakah maksud mengumpulkan harta hingga tidak mampu untuk membantu dalam
mencegah kemungkaran?
- 2. Memandang ringan tentang masalah kes rogol dan beranggapan bahawa perkara ini hanya ibu bapa yang bersalah dalam mendidik. Inilah kita yang sering menyalahkan antara satu sama lain. Namun jarang sekali untuk kita menyalahkan diri kita sendiri yang selalu
mengutamakan kepentingan diri sendiri.
Allah berfirman dalam Al-Quran Surah Al-Isra ayat 32 yang
bermaksud ,
‘ Dan janganlah kalian mendekati zina. Sesungguhnya zina itu adalah
perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk. ‘
Itulah perintah Allah kepada kita. LA TAQRABUZZINA. Jangan
dekati zina. Mendekati pun Allah sudah larang. Apalagi untuk melakukannya. Oleh
itu, untuk mengelak daripada dekat kepada bahang-bahang api neraka, perlulah
diterapkan kepada remaja penghayatan gaya hidup Islamik yang sempurna.
Berjasalah kepada masyarakat. Kerana dengan berjasa kepada
masyarakat adalah sebaik-baik pekerjaan yang menjadikan diri kita bermanfaat
kepada orang lain.
*Raufa Aminuddin merupakan TYDP Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS).
*Raufa Aminuddin merupakan TYDP Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS).
0 comments:
Post a Comment