Oleh: Mohamad Safwandi Bin Suaidi
Filem X-Men merupakan sebagai sebuah filem yang menarik; dimana filem ini banyak mengambarkan dimensi kehidupan sebenar didalamnya. Perbincangan seperti diskriminasi, rasis, ketidakstabilan politik dan bahaya bertindak ekstrimis adalah tema utama yang terdapat di dalam filem berkenaan.
Watak-watak yang terdapat di dalam filem X-Men mengalami krisis identiti, inferioriti kompleks, rasa bersalah dan malu untuk berhadapan dengan manusia. Akibat daripada itu, wujudnya dua kumpulan mutan yang utama iaitu daripada Xavier atau Professor X dan Eric atau Magnetto dalam merancakkan lagi plot francais filem ini.
Nilai estetika yang terdapat dalam filem ini adalah wujud dalam lingkungan sosial yang mencakup pelbagai suara rasa, pemikiran, abstrak yang mengambarkan khalayak itu sendiri, malahan tidak salah jikalau filem tersebut adalah cerminan masyarakat kita. Masyarakat yang wujud nilai perkauman, tidak boleh menerima perbezaan dan menggunakan kekerasan untuk menguruskan perbezaan. Falsafah inilah yang telah tercipta di dalam filem X-Men ini.
Antara Professor X dan Magnetto dengan Martin Luther King dan Malcolm X
Jika di selongkar filem ini secara mendalam, wujudnya dua kumpulan dominan dengan cara perjuangannya tersendiri. Kedua kumpulan ini mempunyai satu perjuangan yang sama iaitu untuk diterima oleh manusia tanpa ada rasa takut tetapi perjuangan mereka melalui cara yang agak berbeza.
Professor X memperjuangkan hak mereka secara diplomasi dengan menunjukkan contoh teladan yang baik, berbincang dan menghormati manusia, manakala Magnetto memperjuangkan hak mereka secara kekerasan, keganasan dan ugutan.
Pola perjuangan Professor X yang bersifat toleran ini dianggap ada punyai mirip seperti tokoh hak asasi manusia Amerika, Martin Luther King Jr; manakala pola perjuangan Magnetto yang bersifat konfront punyai mirip yang sama seperti Malcolm X. Kedua Luther dan Malcolm X punyai perjuangan yang sama iaitu membebaskan kaum kulit hitam dari segala diskriminasi di Amerika pada setengah abad yang lalu.
Antara Professor X dan Martin Luther King, keduanya merupakan pemimpin yang percayakan bahawa mereka boleh meneruskan perjuangan mereka dengan cara diplomasi. Mereka percaya bagawa pendekatan yang tidak bersifat keganasan dapat menyempurnakan misi mereka. Integrasi dalam menangani perbedaan dan hidup dalam keadaan harmoni adalah jalan yang terbaik menurut mereka.
Magnetto tidak melihat cara yang dilakukan oleh Professor X akan berkesan. Baginya, dengan cara konfront dan keganasan dengan menggunakan kelebihan yang ada padanya boleh menyempurkan misi perjuangan ini. Gaya mirip aktivis sivil hak asasi manusia Amerika, Malcolm X yang memperjuangkan hak kaum Negro dengan menggunakan jalan yang agak keras. Dengan demonstrasi dan keganasan sahaja mampu menjadikan kaum Negro tidak ditindas.
Kedua-dua orang Martin Luther King dan Malcolm X mengalami nasib yang sama, menerima butir peluru sebagai tanda noktah kepada riwayat kehidupan mereka. Bagaimanapun, nasib mereka setelah meninggal dunia agak berbeza dimana Martin Luther King diberi reputasi yang agak tinggi oleh sejarah. Layanan mereka mungkin dibezakan mengikut pendekatan perjuangan mereka.
Begitulah penonton menilai nasib kedua-dua mutan Professor X dan Magnetto, dimana penonton lebih gemar memberi kredit kepada Professor X berbanding Magnetto. Kredit ini mungkin dibezakan mengikut pendekatan mereka, dimana Professor X menggunakan cara aman, sementara Magnetto mengangguk kepada keganasan.
Realiti Di Malaysia
Di Malaysia, drama atau filem kita secara umumnya berdepan dengan krisis seni dan intelektual. Ironinya, industri perfileman kita dihidangkan dengan kuantiti, bukannya kualiti. Krisis ini disuburkan lagi oleh sebahagian masyarakat yang kemarau idea dan kebanjiran idola.
Hal inilah yang membentuk masyarakat kita yang berfikiran paradoks. Krisis yang berlaku di Malaysia bukanlah permasalahan segregasi antara manusia dan mutan, tetapi kita berhadapan dengan isu segregasi kaum dan agama; di mana kaum bumiputera berhak mendapat hak yang lebih daripada kaum lain, sementara kaum lain diugut dan dinggap sebagai 'pendatang' yang menganggu kaum lain.
Krisis perkauman di Malaysia berlaku sejak sekian lama. Wujudnya NGO yang berjuang diatas nama kaum dan agama merancakkan lagi krisis perpaduan kaum ini. Sifat dogmatik segelintir pemimpin NGO yang berkeras memperjuangkan pandangan peribadi mereka tanpa menghiraukan kepada realiti dan pandangan orang lain.
NGO-NGO ini seharusnya menyedari hakikat bahawa kita hidup dalam suasana pluraliti kaum di Malaysia. Tidak seharusnya pluraliti kaum di negara ini dianggap sebagai oxymoron. Ungkapan yang dianggap maksud yang sebaliknya. Perjuangan hak kaum dan kebebasan seharusnya disuarakan dengan nada yang lebih lembut dan berhemat bagi mengelakkan provokatif dan menyinggung perasaan kaum lain.
Mereka tidak perlu mengambil langkah memperjuangkan agama dan kaum seperti cara Magnetto; dengan menimbulkan banyak kenyataan yang agak menghina dan bersifat provokatif terhadap kaum lain di Malaysia. Mereka perlu kembali kepada hakikat sebenar kehidupan di negara ini.
Secara tuntasnya, filem ini membawa kita kepada perbicaraan antropomorfisme. Antropomorfisme adalah atribusi karakter manusia kepada makhluk selain manusia. Professor X dan Magnetto adalah perumpamaan kepada kaum minoriti yang mengalami kepupusan dan tertindas; menginginkan survival kaum dan bangsanya agar boleh diterima oleh masyarakat yang lain. Cuma melalui cara perjuangan berbeza.
0 comments:
Post a Comment