"Segala lafaz pujian dirafa’kan ke hadrat Allah Subhanahu wa ta’ala kerana dengan izin-Nya saya berpeluang untuk menghadiri pertemuan mahasiswa Islam Sarawak kali ke-2di Masjid As-Syakirin, KLCC. Pertemuan tersebut adalah merupakan siri perjumpaan khusus bagi mahasiswa Islam Sarawak yang sedang belajar di Semenanjung Malaysia, khususnya di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Pertemuan itu, antara lain, bertujuan untuk mengeratkan ukhuwwah sesama mahasiswa Islam Sarawak, di samping memupuk budaya ilmu melalui perkongsian-perkongsian ilmiah yang menjadi agenda utama sepanjang pertemuan tersebut."
"Apapun, antara perbincangan yang saya rasa menarik untuk dikongsikan adalah berkenaan dengan permasalahan salah seorang rakan kami yang menghadiri pertemuan tersebut. Beliau berkongsi cerita tentang salah seorang kenalan Internetnya yang baru memeluk Islam. Katanya, kenalannya itu berbangsa India, dan kini sedang menghadapi masalah dalam mengamalkan agamanya, kerana keluarganya sendiri belum mengetahui yang dia sudah memeluk Islam. Dia tidak memberitahu keluarganya kerana khuatir mendapat tentangan yang hebat."
Baca seterusnya di pautan ini.
1 comments:
>_< Rindunya dengan suasana tok...
Post a Comment