Alhamdulillah wa Syukrulillah,bersyukur kita kehadrat Allah swt kerana telah diberi kesempatan dalam menjayakan Bengkel Seni Khat(BengSeK) anjuran Akademi Bestari Muda (ABM) sebagai hasil perkongsian pengetahuan dan pembelajaran berkenaan seni islam, atas usaha untuk memperkenalkan SENI KHAT kepada sahabat-sahabat semua. BengSek telah diadakan pada 14 Mac 2010 yang lepas bertempat di Seketariat PERKEPIS, Gita.
Alhamdulillah, seramai 11 orang sahabat telah mendaftarkan diri dalam bengkel ini. Tahniah buat para peserta yang menyertai program ini, yang terserlah atas kesungguhan dan semangat yang ditunjukkan.Terima kasih di ucapkan kepada mereka di atas kesudian untuk turut serta dalam perkongsian ilmu tersebut. Tidak dilupakan juga, jutaan terima kaseh juga di ucapkan kepada Kak Intan kerana sudi menyumbang tenaga dan kemahiran kepada para peserta.
ISLAM tidak pernah menghalang umatnya tertarik dengan keindahan, malah mengiktiraf keindahan dan kesempurnaan itu sebagai satu tuntutan agamasebagaimana hadis bermaksud:
“Allah itu cantik dan menyukai kecantikan dalam segala hal.” ( Bukhari dan Muslim).
Semoga dengan Bengkel ini, jiwa kesenian Islam semakin meningkat dalam jiwa remaja masa kini. Apatah lagi, dengan kemodenan zaman sekarang, seni khat semakin menghadapi kepupusan. Oleh itu, semoga dengan bengkel ini, seni khat semakin berterusan sepanjang zaman.
Ikuti lanjut di blog Akademi Bestari Muda (ABM) di pautan ini.
Berjasa Kepada Masyarakat
0 comments:
Post a Comment