728x90 AdSpace

  • Latest News

    Tuesday, March 02, 2010

    Perkampungan Menara Gading 2010

    Laporan Khas

    Satu pepatah yang masyhur mengatakan:

    Jika engkau ingin lihat wajah negaramu pada masa akan datang, maka engkau lihatlah anak-anak mudanya sekarang.
    ~Syeikh Yusuf al-Qaradhawi

    Pengertian pepatah yang ringkas tetapi sarat makna ini menimbulkan keinsafan bahawa para belia merupakan harta tidak ternilai kepada umat.



    Bertitik tolak daripada kesedaran dan tanggungjawab inilah, PERKEPIS bersama JAKIM menganjurkan program tahunan khusus untuk para belia lepasan SPM dan STPM ke Perkampungan Menara Gading Sarawak (PGMS) 2010 bertempat di Pusat Latihan Sarawak, Telaga Air. Alhamdulillah, 65 orang telah mendaftarkan diri dalam program ini. Tahniah buat para peserta yang menyertai program ini, yang terserlah atas kesungguhan dan semangat yang ditunjukkan.

    Para peserta telah berkenal-kenalan bersama-sama selama 3 hari 2 malam, diisi dengan pelbagai aktiviti yang membolehkan para peserta berinteraksi antara satu sama lain. Selain itu, para peserta telah diajak bersama memikirkan hala tuju yang penting dalam hidup, agar terlepas daripada kitaran normal kehidupan sebagaimana orang lain. Melalui PMGS 2010 ini juga, para peserta telah didedahkan dengan alam universiti dengan lebih mendalam oleh sdr. Khairul Anwar Shazali, Yang Dipertua PERKEPIS dan sdri. Akmariah Abdullah, Naib Presiden HEWI Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia, PKPIM.

    Para peserta juga telah diuji dengan Malam Semarak Ukhuwah, iaitu mereka telah diberikan masa dan peluang untuk menyusun barisan dan bergerak sebagai satu pasukan. Mereka ditugaskan untuk menganjurkan satu program yang mempamerkan keindahan kesenian Islam.



    Semoga PMGS 2010 dapat menyingkap tabir diri agar sedar bahawa alam menara gading bukan semata-mata memenuhi dewan kuliah, menghafal nota mahupun menjawab soalan peperiksaan. Bahkan, alam universiti adalah tempat mengasah bakat, melatih jiwa pemimpin. Semoga kefahaman dalam menghayati kekuatan kerohanian (spiritualisme), keluasan fikiran (intelektualisme), cita-cita yang tinggi (idealisme) serta semangat kesukarelawanan yang berkobar-kobar (aktivisme) dapat disemat di jiwa, sebagai bekal berguna pada suatu hari kelak.

    Tahniah diucapkan kepada sdr. Razif dan sdri. Afiqah yang telah terpilih sebagai peserta terbaik PMGS 2010.

    Atas: Sdr. Razif
    Atas: Sdri. Afiqah

    Ucapan penghargaan diucapkan kepada Yang Berhormat Dr. Abdul Rahman Junaidi, Ahli Dewan Undangan Negeri N.4 Pantai Damai dan pihak Pusat Latihan Sarawak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), yang telah banyak membantu dalam menjayakan program.





    Kenangan-kenangan yang kita ukir bersama:












    Terima kasih juga kepada para aktivis PERKEPIS yang susah senang tetap bersama. Ucapan penghargaan tidak dilupakan kepada para peserta PMGS 2010. Tahniah kepada anda! Dan selamat berjuang untuk berbakti kepada umat ini kelak!


    Berjasa Kepada Masyarakat
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Item Reviewed: Perkampungan Menara Gading 2010 Rating: 5 Reviewed By: Azrul bin Jaini
    Scroll to Top