Laporan Khas
Bersyukur kepada Allah, Perkampungan Generasi Khalifah (PGK) dan Majlis Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT) PERKEPIS ke-5 telah diadakan di Pusat Telaga Air, JAKIM dengan jayanya pada 26 sehingga 28 Mac 2010. Program dianjurkan oleh Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS)dengan kerjasama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Zon Sarawak. Seramai 78 orang peserta telah mengikuti PGK manakala pada 28 Mac, Majlis Perhimpunan Agung Tahunan PERKEPIS ke-5 telah dihadiri oleh hampir 100 muktamirin dan muktamirat dalam acara yang berasingan. Program selama 3 hari 2 malam tersebut lebih bermakna apabila majlis penutupan kedua-dua program telah disempurnakan oleh Y.B. Tn. Hj. Fadillah b. Yusof, Timbalan Menteri Sains, Teknologi & Inovasi Malaysia.
Perkampungan Generasi Khalifah
Perkampungan Generasi Khalidah (PGK) telah bermula pada petang 26 Mac 2010 sehinggalah tengahari 28 Mac 2010. Peserta PGK terdiri daripada para belia, peserta Perkampungan Menara Gading 2010 (anjuran PERKEPIS) dan daripada komuniti KRT Matang (Jabatan Perpaduan Malaysia). Melalui PGK, para peserta telah ditautkan dengan perkenalan sesama sendiri melalui aktiviti ta’aruf yang melibatkan pelbagai lapisan masyarakat.
Perkara yang diberi perhatian adalah pemahaman yang meluas dalam menghayati kepentingan organisasi dan keterlibatan dalam masyarakat. Hal ini disebut dan dihuraikan dengan panjang lebar oleh En. Mohd Zaidi Aziz, Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM) dalam bengkel beliau yang bertajuk “Pengurusan Organisasi Belia.” Beliau menerangkan bahawa peri pentingnya para belia mempunyai kesedaran untuk mengasah serta melatih diri dalam lapangan kemasyarakatan melalui organisasi belia. Pada pandangan beliau, organisasi belia merupakan pusat untuk melahirkan pemimpin yang berwibawa. Beliau turut menekankan, bahawa belia harus bersedia dengan definisi belia yang telah digariskan oleh negara. Hal ini amat mustahak bagi belia bersedia dalam menghadapi arus globalisasi yang terlalu cepat berubah. Akhirnya beliau menyeru, agar belia terutamanya belia Islam memanfaatkan ruang dan peluang yang ada agar hidup ini penuh bermakna, hatta setelah alam kematian sekalipun.
Bengkel kedua pula disampaikan oleh Sdr. Khairul Anwar Shazali, Ahli Lantikan Menteri MPBN merangkap Yang DiPertua PERKEPIS sesi 2009/2010. Beliau telah berkongsi garis panduan yang amat penting dalam menjayakan sesebuah program. Antara perkara yang disentuh adalah bagaimana menjana idea yang tepat untuk merangka program, perancangan program melalui kertas kerja dan surat-menyurat yang juga tidak kurang pentingnya dalam perencanaan sesbuah program.
Melalui PGK, para peserta diberikan peluang untuk mempraktikkan secara langsung ilmu dan kemahiran yang diperoleh dalam sesi sebelumnya melalui Latihan Dalam Kumpulan (LDK). Para peserta telah didedahkan dan juga berkongsi akan masalah-masalah yang harus dihadapi dalam menangani realiti kehidupan.
Pada penghujung program ini, para peserta diberikan peluang untuk menganalisa dan bermuhasabah untuk penambahbaikan organisasi masing-masing. Paling penting, adalah para peserta telah berjaya mencambah idea-idea yang bernas untuk melaksanakan tindakan susulan yang praktikal dan bersungguh-sungguh setelah program ini.
Majlis Perhimpunan Agung Tahunan PERKEPIS ke-5
Majlis Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT) PERKEPIS ke-5 telah diadakan dalam acara yang berasingan di PLS. Muktamirin dan muktamirat mencecah hampir 100 orang di majlis tersebut.
Yang DiPertua PERKEPIS sesi 2009/2010, sdr. Khairul Anwar Shazali telah menyampaikan ucapan dasar yang bertajuk Mencipta Generasi Pemangkin Kecemerlangan Umat. YDP telah mengimbau sejarah penubuhan PERKEPIS sebagai sebuah gerakan pelajar. Segala jasa bertungkus-lumus generasi terdahulu tidak mampu untuk dibalas. YDP telah menerangkan bahawa PERKEPIS merupakan sebuah gerakan pelajar yang berdiri tanpa terikat kepada naungan mana-mana pertubuhan ataupun parti politik.
PERKEPIS sepanjang sejarah kewujudannya telah merakamkan detik bersejarah apabila banyak merintis metod-metod dakwah yang dinamik, termasuk mencetuskan kumpulan-kumpulan nasyid kontemporari, Barnamij Taakhi wa Talahum, Perkampungan Menara Gading dan yang terbaru adalah budaya maulid yang diangkat ke khalayak ramai di Majlis Penghargaan Rasulullah s.a.w pada Rabiul Awal 1431H yang lepas.
Beliau menekankan keutamaan agar generasi kini dipupuk dan dikekalkan menjadi generasi yang menjaga kesinambungan mereka, berdasarkan pandangan alam yang dikemukakan oleh ulama sosiologi dan sejarah Islam tersohor, ibnu Khaldun. Beliau memberi panduan agar para belia, aktivis PERKEPIS khususnya mempunyai elemen-elemen yang seimbang dalam diri mereka. Elemen tersebut adalah memiliki adalah kekuatan kerohanian (spiritualisme), pemikiran yang luas (intelektualisme), ketinggian cita-cita (idealisme) dan kesungguhan usaha (aktivisme). Beliau juga menyeru agar memupuk diri untuk merapati golongan ilmuan serta buku yang berautoriti dan berhati-hati terhadap golongan-golongan yang berbahaya kepada agama.
Dalam pada itu, YDP mengingatkan agar PERKEPIS masih berpegang kepada tanzim haraki ataupun aturan gerakan yang begitu penting dalam menggerakkan perencanaan dakwah. Secara rumusannya, beliau berdoa agar PERKEPIS dan warganya kekal dipelihara Allah dan diberikan kekuatan agar terus istiqamah, konsisten dalam berjuang menegakkan agama-Nya di Bumi Kenyalang khususnya.
MPAT ke-5 telah bersidang dan saf pimpinan PERKEPIS sesi 2010/2011 telah disempurnakan oleh Yang DiPertua Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Sarawak, Ustaz Hasfa Bakhry bin Hassan.
Majlis Penutupan PGK & MPAT PERKEPIS ke-5
Majlis Penutupan Perkampungan Generasi Khalifah dan Majlis Perhimpunan Agung Tahunan PERKEPIS ke-5 menjadi lebih bermakna apabila majlis disempurnakan oleh Y.B. Tn. Hj. Fadillah b. Yusof, Timbalan Menteri Sains, Teknologi & Inovasi Malaysia.
Melalui ucaptama yang disampaikan, beliau menyeru agar para belia memanfaatkan program seumpama ini. Juga, beliau menyarankan agar para belia memulakan langkah-langkah proaktif dengan memperkasakan diri dengan budaya keilmuan, tradisi keilmuan serta kemahiran-kemahiran yang dianggap penting. Beliau juga menekankan agar para belia memastikan diri terpimpin sebelum berupaya memimpin orang lain sebagai asas kekuatan. Tabiat negatif gejala termenung ataupun sering membandingkan diri dengan bangsa lain akan membantutkan proses pembangunan negara dan masyarakat.
Terima kasih sekalung budi buat semua pihak yang menjayakan Perkampungan Generasi Khalifah dan Majlis Perhimpunan Agung Tahunan PERKEPIS ke-5 dengan jayanya. Terima kasih terutama kepada Y.B. Tn. Hj. Fadillah b. Yusof, Timbalan Menteri Sains, Teknologi & Inovasi Malaysia, pihak YADIM, JAKIM dan KRT Matang. Terima kasih khususnya kepada semua aktivis PERKEPIS yang telah menjadi penggerak-penggerak utama dalam menjayakan program, demi kecemerlangan umat. Kami menyusun jari memohon maaf atas segala kekurangan di pihak kami. Semoga Allah memberkati usaha kita dan menunjuki kita serta belia-belia Islam di Sarawak ini, khususnya.
Akhir kata...
Berjasa Kepada Masyarakat

0 comments:
Post a Comment